Kalendar Aktiviti

Loading...

Jumlah Pelawat

  • 60

AMANAT

Amanat daripada Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka

a

“Tahniah kepada Pusat Khidmat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKPKS) Negeri Melaka kerana menerbitkan risalah ini. Ia sudah tentu memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat terkini mengenai perniagaan, pinjaman dan dana untuk memulakan perniagaan masing-masing. Berdasarkan laporan PKPKS jumlah kedatangan pelanggan sehari seorang perlu digandakan lagi memlaui promosi dan publisiti yang lebih berkesan. Matlamat kerajaan negeri ialah untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang mahir, berdikari dan berilmu melalui pusat ini. Ini adalah selaras dengan langkah kerajaan pusat melancarkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Majlis Pembangunan Usahwan Daerah (MPUD) bagi mempercepatkan penguasaan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang Melaka Maju 2010.”.
a

Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd. Rustam
Ketua Menteri Melaka

Kata-Kata Aluan dari Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hang Tuah Jaya

l

Pusat Khimat Perusahaan Kecil & Sederhana adalah salah satu lagi sumbangan kerajaan Negeri Melaka. Pusat ini diurus tadbir dibawah Perbadanan Hang Tuah Jaya. Dengan adanya pusat ini pelbagai agensi, jabatan, usahawan, peniaga dan persatuan dapat menggunakannya sebagai satu sumber rujukan maklumat dan bimbingan kearah menceburi bidang perusahaan dan perniagaan dalam usaha membantu golongan usahawan dan peniaga. Pusat ini menyediakan pelbagai khidmat kaunselor mengikut kepakaran dalam bidang perdagangan, kewangan, teknologi dan kejuruteraan. Pusat ini juga dilengkapi dengan bahan-bahan rujukan bercetak seperti risalah, majalah dan buku rujukan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan serta dilengkapi dengan kemudahan ICT selain menyediakan khidmat melalui kerjasama dengan agensi berkaitan bagi menganjurkan seminar, latihan dan bengkel.

s

Tn Hj. Murad bin Husin
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Hang Tuah Jaya

Kata-Kata Aluan dari Pengurus PKPKS

l

Pusat Khidmat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKPKS) merupakan satu manifestasi kerajaan negeri yang mahu melihat peniaga dan usahawan bumiputera dibantu dengan cepat, berkesan dan telus. Pegawai-pegawai di PKPKS ini bersedia memainkan peranan ini dengan berkesan melalui program-program dan aktiviti yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Saya sesungguhnya menyeru kepada peniaga dan usahawan serta bakal usahawan merapatkan diri dengan PKPKS ini. Pintu pejabat sentiasa terbuka untuk memanjangkan khidmat bakti kepada tuan-tuan dan puan-puan sesuai dengan slogan PKPKS adalah “Rakan Khidmat PKS Anda”

l

Datuk Hj. Lugiman bin Abu Seman,
Pengurus,
Pusat Khimat PKS