SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Seperti yang sedia maklum, Pusat Khidmat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKPKS) merupakan salah sebuah pusat peruncingcara dan khidmat nasihat bagi usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, malah juga sebagai pusat khidmat nasihat untuk usahawan yang telah lama memperkembangkan perniagaan mereka.
Usahawan-usahawan yang telah mempunyai produk dan pasaran masing-masing semestinya ingin memperkembangkan lagi pasaran mereka terutama dalam Pasaraya Besar seperti MYDIN, JUSCO, dan GIANT.
Sehubungan dengan itu, pihak PKPKS dengan jayanya telah mengadakan satu sesi lawatan bersempena dengan Sesi Pemadanan Perniagaan bersama Pasaraya Besar MYDIN, JUSCO, dan GIANT anjuran SME Corp. Malaysia, yang bertempat di Dewan Perdana, Tingkat 20, Bangunan MATRADE, Kuala Lumpur. Seramai 19 orang peserta menyertai lawatan tersebut yang terdiri daripada lebih kurang 10 buah syarikat usahawan bimbingan PKPKS. Sambutan daripada usahawan yang ingin menyertai lawatan ini amat memberangsangkan dan kemudahan logistik disediakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Tujuan lawatan ini dianjurkan oleh pihak PKPKS adalah untuk memberi idea-idea baru kepada usahawan serta pendedahan tentang kriteria kelayakan produk untuk dimasukkan ke dalam pasaraya besar tersebut. Selain itu, di dalam majlis tersebut, usahawan-usahawan diberi peluang mengetengahkan produk mereka dalam Sesi Pemadanan yang bermula pada jam 1.30 tengahari.

Wakil daripada Pasaraya MYDIN
Wakil daripada Pasaraya MYDIN memulakan pemantauan ke tapak sesi pemadanan dan dituruti oleh wakil daripada JUSCO dan GIANT. Usahawan yang mempamerkan produk masing-masing diberi penerangan lengkap daripada wakil dari setiap pasaraya besar tersebut.

Wakil daripada Pasaraya Giant menerangkan kepentingan pembungkusan bagi pembuatan kerepek.

Ahli Panel Forum Kriteria Kelayakan Produk Pasaraya Besar MYDIN, GIANT & JUSCO

Wakil daripada Pasaraya Jusco meneliti Profil Syarikat 21st Century Sdn. Bhd
Setelah selesai sesi pemadanan, ketiga-tiga wakil pasaraya besar memberi taklimat kepada peserta berkenaan dengan kriteria penting kelayakan produk untuk dipasarkan ke dalam pasaraya MYDIN, JUSCO dan GIANT. Antara driteria penting tersebut adalah logo Halal, Barcode, dan Nutrition Facts. Forum tersebut berakhir pada jam 5.30 petang dan kami bertolak pulang ke Melaka dengan seribu idea baru serta ilmu yang bermanfaat.
Recent Comments