Kalendar Aktiviti

Loading...

Jumlah Pelawat

  • 650

USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA: IBU ZIZAH ENTERPRISE

PEMILIK : En. Amran Bin Hamid dan Puan Azizah Bt Mad Sah

SYARIKAT : IBU ZIZAH ENTERPRISE

PRODUK : IBU ZIZAH TROPICA (Kerepek Ubi)

TEMPAT : No. 127, Melaka Halal Hub Serkam

No. TEL : 017-7656451

Ibu Zizah Enterprise telah ditubuhkan pada 30 April 2010 dan telah mula beroperasi di PD 127, Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau. Syarikat ini diterajui oleh Encik Amran Bin Hamid yang merupakan bekas perajurid serta turut dibantu oleh isteri beliau, iaitu Puan Azizah Bt Mad Sah selaku Pengurus Operasi.

Ibu Zizah Tropica merupakan jenama bagi produk pelbagai kerepek ubi yang merupakan keluaran syarikat beliau. Ibu Zizah Tropica mempunyai 6 perisa berbeza iaitu Lada Hitam, Ubi Masin, Ayam, BBQ, Jagung dan Pedas telah diperkenalkan di pasaran.

Perisa BBQ

Perisa Ubi Pedas

Ubi Kayu @ Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat.

Sehubungan dengan peningkatan produk makanan Halal di pasaran, Ibu Zizah Enterprise mengambil peluang perniagaan makanan Halal Muslim ini dengan berobjektifkan:

  1. Meningkatkan, Memantapkan dan Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sector perdagangan dengan menggalakkan pengedar untuk turut serta berkongsi perniagaan dengan memasarkan produk keluaran syarikat.
  2. Mengutamakan GMP dalam pemprosesan produk, termasuk memandu syarikat ke arah global quality standard bagi menembusi pasaran yang lebih luas.
  3. Berkongsi pengalaman dan ilmu perniagaan bagi mengeluarkan produk makanan Halal.

Dengan azam dan semangat yang tinggi, beliau juga ingin memajukan pasaran produk makanan Halal nya supaya lebih berdaya saing dan seiring dengan pasaran global.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Ibu Zizah Enperprise boleh menghubungi Encik Amran di talian 017-7656451 atau datang ke Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau di PD 127 Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau.

1 comment to USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA: IBU ZIZAH ENTERPRISE

  • Semoga memberikan peluang yang luas kepada bakal pesara tentera mahu pun pesara tentera dalam menceburi bidang keusahawanan………. Perhebat sedia latihan kemahiran buka peluang kerjaya lebih luasPERSEPSI sempit masyarakat dan majikan swasta yang beranggapan pesara Angkatan Tentera Malaysia ATM hanya layak bekerja sebagai pengawal keselamatan wajar diubah kerana mereka sebenarnya mempunyai banyak lagi kemahiran lain.Ini kerana sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat perkhidmatan bakal pesara diwajibkan mengikuti latihan teori dan amali pelbagai kemahiran yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia SKM tahap satu dan dua.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>