Oleh Che Wan Badrul Alias
chewan@bharian.com.my
SME Corp Malaysia Bhd, berkuat kuasa Jumaat lalu menyatukan 10 geran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikendalikannya kepada hanya dua geran utama, iaitu Geran Meningkatkan Keupayaan PKS serta Geran Meningkatkan Kemahiran.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim, berkata penyatuan itu adalah sebahagian langkah penyelarasan dana PKS yang sebelum ini dikendalikan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, seperti yang dibentangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Mesyuarat Ke-9 Majlis PKS Kebangsaan, baru-baru ini.
Beliau berkata, menerusi penyatuan itu pegawai yang mengawal dana boleh menyalurkan geran atau pinjaman dengan lebih fleksibel merangkumi skop lebih meluas bagi menepati kehendak PKS berdasarkan keadaan semasa.
“Ia memudahkan penyusunan semula penyaluran dana berdasarkan permohonan, termasuk membolehkan kami menyalurkan geran bagi bidang yang tidak pernah diperuntukkan sebelum ini, seperti membantu PKS meneroka pasaran domestik.
“Kami menjangkakan ia akan popular di kalangan PKS kerana skop bantuan lebih luas dan fleksibel,†katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jun lalu, Kabinet meluluskan penyelarasan semula dana kerajaan untuk PKS meliputi 53 jenis pinjaman daripada pelbagai bank yang diselaraskan kepada 19 pinjaman, manakala 26 geran yang dikendalikan pelbagai kementerian dan agensi pula diselaraskan kepada 14 geran.
Hafsah berkata, langkah penyelarasan itu berdasarkan hasil kajian EPU yang mendapati berlakunya pertindihan dana untuk PKS yang mana beberapa dana yang sama ditawarkan untuk kumpulan sasaran yang sama.
Katanya, penyelarasan itu juga bertujuan memastikan dana itu diselia dan dikawal kumpulan pegawai pengawal atau agensi berkepentingan yang menjaga PKS.
“Dana ini diselaraskan bagi memudahkan PKS supaya mereka tidak perlu pergi ke merata-rata tempat sama ada bank, kementerian atau agensi kerajaan untuk mencari dana yang sesuai.
“Bagi kami di SME Corp, pelbagai geran seperti geran memulakan perniagaan, meningkatkan proses dan produk, kini dirangkumkan kepada Geran Meningkatkan Keupayaan PKS.
“Geran bagi meningkatkan kemahiran dan geran kemahiran dalam pasaran pula digabungkan dalam satu geran iaitu Geran Meningkatkan Kemahiran,†katanya.
Beliau berkata, penyelarasan itu sama sekali tidak mengubah tahap maksimum geran dan pinjaman yang diperuntukkan kerajaan kepada PKS di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, di bawah RMK-9, geran berjumlah RM415 juta diperuntukkan kepada PKS dengan RM390 juta sudah disalurkan, manakala bagi pinjaman pula berjumlah RM270 juta.
Sumber : Berita Harian, 5 Oktober 2009

saya berminat dan bakal memulakan perniagaan dalam bentuk restoren.soalan saya:-
1)bagaimanakah untuk saya membuat permohonan geran untuk memulakan perniagaan?
2)apakah kriteria @ syarat untuk membuat permohonan tersebut?
Saya berminat untuk memulakan perniagaan Rumah Tumpangan (GUESTHOUSE)
soalan saya…
1.dimanakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat bagi memulakan perniagaan ini?
2.melalui agensi apakah saya perlu berhubung bagi mendapatkan dana bagi memulakan nya??
Saya adalah pengusaha baru dalam bidang pemprosesan makanan.Saya mengusaha berbagai jenis kerepek saperti kerepek ubi, keladi,pisang berbagai perisa,muruku dan tepung kek segera coklat moist.
1.dimanakah saya boleh dapat khidmat nasihat tentang perniagaan ini dan d mana boleh saya dapat pinjaman atau bantuan dari agensi kerajaan.
Sila datang ke Pejabat Pusat Khidmat PKS Melaka di Aras 1, Menara MITC, Ayer Keroh. Melaka
Salam… jika berada di Melaka… sila berhubung dengan Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Pinjaman untuk projek pelancongan ada didapati melalui dana di SME Bank.
Begitu banyak peruntukan yang dibekalkan tetapi kenapa masih ada berbaki sedangkan begitu ramai yang membuat permohonan? Adakah begitu sukar untuk memohon geran/pembiayaan daripada badan pembiaya/SME Corp?
Sekiranya pemohon mempunyai rekod ccris/ctos, sudah pasti akan ditolak serta merta, walaupun produk yang hendak dikomersialkan berdaya saing dan berkualiti. Sekiranya badan pembiaya memberi peluang kepada pemohon yang mempunyai rekod hutang lapuk ini dengan mengenakan had hutang lapuk, katakan dibawah 10K, jadi masih ada sinar harapan kepada mereka untuk memperbaiki rekod baik dimasa hadapan. Just my cents opinion.